Thursday 7 May 2015

Nah mommy yang nak ranak sooner. Moga uols takkena epi. Push bila surge, jangan push bila tadak surge. Nanti uols akan hilang tenaga, then dah takle nak push

All the best dears!!

#MommyDyra

Episiotomy.

Episiotomy adalah suatu prosedur menggunting dinding vagina untuk memberi ''laluan'' kepada bayi dan mempercepatkan proses kelahiran.

Tahukah kamu, ciptaan Allah SWT Maha Sempurna, semasa kepala bayi turun dan menekan dinding vagina, dinding vagina juga menganjal dan menerima signal bahawa kepala bayi telah sampai (crowning). Ibu dalam keadaan tenang, disokong oleh birth companion yang tenang, sentiasa mengingatkan ibu untuk relaks bahu, relaks rahang, relaks muscle, bayi boleh keluar tanpa ada koyakan (intact perineum).

Jika ada sedikit koyakan semulajadi (biasanya kurang atau hanya setakat 1st degree tear), ianya boleh pulih secara semulajadi. Jika koyakan berlaku akibat digunting, bayangkan saja kita nak gunting kain, berapa lapisan kita akan tergunting? Eh, suka hati nak samakan vagina dengan kain. Kak, saya nak bagi contoh mudah sebab vagina kamu tu bukanlah kain yang boleh sesuka hati digunting, dijahit, di alter semula jika berlaku jangkitan pada luka episiotomy.

Apa yang berlaku pada hari ini, terlalu banyak kecuaian manusia pada kelahiran yang penuh campurtangan. Siapa nak tanggung kesan sampingan seorang ibu yang melalui prosedur episiotomy hingga ke anus (dubur)? Boleh rujuk gambar, ini contoh seorang manusia, bukan contoh lipas ye sebab lipas tak beranak, manusia dan haiwan mamalia sahaja beranak.

(ini adalah link laman KKM mengenai prosedur episiotomy)

Saya pernah merasa semasa melahirkan anak pertama, digunting tanpa meminta kebenaran, rumitnya nak menjaga luka episiotomy, traumanya kelahiran itu yang membuat saya rasa nak menulis hari ini. Gambar terakhir tu 7 hak asasi kamu dalam kelahiran, jangan lupa simpan dan selit dalam perancangan kelahiran.

Ciptaan Allah tidak pernah sia-sia.


No comments:

Post a Comment