Sunday 7 June 2015

Salah ke perigi mencari timba?

Orang kita selalu cakap lelaki yang sepatutnya terlebih dahulu luahkan perasaan dekat perempuan kalau jatuh cinta. Ada pula yang kata, “cara macam ni untuk lelaki bolehlah.. untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘perempuan tidak bermaruah’, 'terhegeh-hegeh' dan macam-macam lagi lah.''

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang dah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya?

Bukan ke perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah meluahkan keinginannya? Masa beliau mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia takkan jumpa sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu, Siti Khadijah telah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.

Jadi, tak salah pun kalau perempuan yang memulakan dahulu langkah pertama. Yang penting, perempuan tersebut kena laa yakin dengan kesolehan, akhlak dan ketaatan lelaki itu pada Allah. Dan bukan pilih dengan tujuan untuk menggedik atau kerana harta. Lepas dah yakin dengan pilihan hati tu, kita kena laa suarakan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, Alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Malu adalah sifat perempuan. Sesungguhnya sifat malu itu dikurniakan pada setiap insan. Tapi biarlah malu itu kena pada tempatnya. Siapa yang mulakan langkah pertama terlebih dahulu samada lelaki atau perempuan, itu tak penting. Yang penting langkah sudah pun bermula. Ia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial dan maksiat yang semakin menjadi-jadi di dunia akhir zaman ini. Tiada istilah perigi cari timba di dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah.

Lagipun, sekarang ni kan dah tahun 2015. Perempuan memang ternyata lebih ramai dari lelaki. Contoh, di Institusi Pengajian Tinggi, kat Town, dan dimana-mana sahaja, ramai betul perempuan. Ini laa dia tanda dunia di akhir zaman. Jadi, persoalan mengenai salah atau tak perigi mencari timba ni.. tak patut diwujudkan. Wallahu'alam..

via http://belognini.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment