Friday 29 May 2015

Branded perfume trusted agen




Assalamualaikum,

Aku nak declare which aku adalah agen branded perfume yang jujur Insya Allah. aku juai untuk membantu mereka diluar sana yang ingin memiliki branded perfume dengan harga mampu milik & murah daripada pasaran.

Any brands korang nak semua ada insyaAllah

Perfumes ni:
- Dubai Gred 5A
- Tahan 4-5jam
- Datang dengan kotak dan berplastik. Direct kilang.
- 612 jenis perfume available for woman & man just name it, weee
- Harga for this month promotion buy 10 RM 50 plus 
postage (boleh la share2 ngan families member or kawan2 untuk grab harga promo ni, hehe)
- Buy 1 RM 70 plus postage (semua brand sama harga) 

Sesuai sebagai hadiah nabasari ka, besday tersayam ka, pakai dok umah ka, opis ka. Ikutlah mana ampa suka. Beressss gituu..


Jom wasap yunas jom 013-4973313

Monday 25 May 2015

Lulur Mandi


Assalamualaikum sahabat sekalian. nak share hat botoi seketoi kat ataih tu.. dappppnyaas pakai lulur mandi susu kambing hat ni, yamm3x.. untuk makluman aku x juai, tapi boleh didapati dimydin usj subang jaya & kedai jamu berhampiran, miahaha..

Product Description

Lulur Mandi Putri Binari Susu Kambing dengan Ekstrak Susu Kambing serta bahan semula jadi yang lain membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Selain itu, kandungan protein dalam susu juga mempunyai nutrisi yang berfungsi melembabkan sekaligus melapisi permukaan kulit agar lebih halus dan kenyal. Penggunaan yang kerap menjadikan kulit cerah dan berseri.

Khasiat Lulur Mandi Susu Kambing Putri Binari
  • Memperbaiki tekstur kulit dan menghaluskan kulit kering dan kasar
  • Menjadikan kulit putih, cantik, halus, gebu dan cerah.
  • Menanggalkan sel-sel mati, bintik-bintik hitam serta daki pada badan.
  • Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
  • Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
  • Mengurangkan tekanan & keletihan.
  • Mengurangkan dehidrasi
Kandungan Lulur Mandi Susu Kambing Putri Binari

  1. Minyak Zaitun (Olea Europaea) Oil
  2. Biji Bunga Matahari(Heliantus Annuus)
  3. Ekstrak Susu Kambing
Cara guna Lulur Mandi Susu Kambing Putri Binari

  • Digunakan sebelum mandi. Dalam keadaan kering, sapukan Lulur Mandi Putri Binari Susu Kambing ke seluruh tubuh sambil di urut dengan perlahan. Gosok hingga lulur dan kotoran yang melekat di kulit keluar. Digalakkan menggunakan Mandian Spa Putri Binari untuk kesan yang lebih memuaskan. Sesuai untuk mandi sauna dan dapat digunakan untuk semua jenis kulit.
Conclusion is memang wangi, time mandi x pakai sabun da pun x pa, lulur tu da kasik wangi semerbakk.. *^o^*

Wednesday 20 May 2015

Al Qalam (11-28)

Alhamdulillah here we are again. Allah masih kasih bagi kita kesempatan untuk buat kebaikan dan kebajikan mencari bekalan akhirat, Insya Allah moga semua usaha kita Allah redha. Surah Al Qalam antara feberet aku lagi time nak exam.. nak share sikit, dulu time sekolah bila kita buntu nak jawab paper exam mesti kita bawak dadu dalam dewan, bawak toyol ar banyak lagi kaedah meraban kita belajar mana tah. At last one day masa paper pmr ka spm x ingat, ada ustazah ni ajar ayat dari surat al qalam ayat satu.

Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.

kalau keliru baca ayat ni dengan yakin, pejam mata kita tanda ja, Insya Allah betul atau salah kita serah la pada Maha Kuasa, at least setiap perbuatan kita sentiasa ada Allah. dan one more thing guna time kecemasan ja, jangan setiap soalan kita baca ayat ni tanda, usaha tak da dah tawakkal, x kenan aku pangai lagu ni. haha.. dan palim pantang aku kalau orang meniru dan kasi tiru. buat sendiri ar. bab tu aku exam suka dok depan sekali, miahaha. biaq x nampak orang buat dosa meniru kat belakang, mencik aku. jom dengaq cuci sikit hati kita Insya Allah, Al Qalam ayat 11-28. Maha suci Allah yang menciptakan manusia ni sebaik baik makhluk, alhamdulillah kita insan terpilih. try la hafaz sikit sikit lama jadi la bukit. ^^



Surah Al-Qalam (The Pen) سورة القلم

(Verse 11 - 28 of 52)

هَمَّازٍ مَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍ (١١)
[And] scorner, going about with malicious gossip -
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (١٢)
A preventer of good, transgressing and sinful,
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
عُتُلٍّۭ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ (١٣)
Cruel, moreover, and an illegitimate pretender.
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ (١٤)
Because he is a possessor of wealth and children,
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ (١٥)
When Our verses are recited to him, he says, "Legends of the former peoples."
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ (١٦)
We will brand him upon the snout.
(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
إِنَّا بَلَوْنَٰهُمْ كَمَا بَلَوْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا۟ لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ (١٧)
Indeed, We have tried them as We tried the companions of the garden, when they swore to cut its fruit in the [early] morning
Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
وَلَا يَسْتَثْنُونَ (١٨)
Without making exception.
Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
فَطَافَ عَلَيْهَا طَآئِفٌ مِّن رَّبِّكَ وَهُمْ نَآئِمُونَ (١٩)
So there came upon the garden an affliction from your Lord while they were asleep.
Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
فَأَصْبَحَتْ كَٱلصَّرِيمِ (٢٠)
And it became as though reaped.
Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
فَتَنَادَوْا۟ مُصْبِحِينَ (٢١)
And they called one another at morning,
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
أَنِ ٱغْدُوا۟ عَلَىٰ حَرْثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰرِمِينَ (٢٢)
[Saying], "Go early to your crop if you would cut the fruit."
(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
فَٱنطَلَقُوا۟ وَهُمْ يَتَخَٰفَتُونَ (٢٣)
So they set out, while lowering their voices,
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا ٱلْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ (٢٤)
[Saying], "There will surely not enter it today upon you [any] poor person."
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
وَغَدَوْا۟ عَلَىٰ حَرْدٍ قَٰدِرِينَ (٢٥)
And they went early in determination, [assuming themselves] able.
Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوٓا۟ إِنَّا لَضَآلُّونَ (٢٦)
But when they saw it, they said, "Indeed, we are lost;
Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ (٢٧)
Rather, we have been deprived."
(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ (٢٨)
The most moderate of them said, "Did I not say to you, 'Why do you not exalt [Allah]?' "
Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
[Al-Qalam - 
سورة القلم
 68:11 - 28]

Zikir ubat hati


Tanpa air ikan mati, 
Tanpa zikir hati mati.

Sebutlah nama Allah banyak-banyak. Maksud ayat al Quran dengan kalimah “berzikirlah pada waktu pagi dan petang” itu ialah kita berzikir dengan kuantiti dan kuali yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah, dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya, dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun bila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya. Akibatnya hukum-hakam-Nya diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Bila ini terhadi jangan ditangisi jika Allah “lupakan” kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya – dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang muslim sahaja (bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripada-Nya. Siapakah kita, muttaqin atau hanya muslim? 

Muslim, lebih-lebih lagi muslim yang fasik, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakan-Nya? Lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.

Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya, masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.

When Allah is your “friend”, who is your enemy? Bila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin Al Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa oleh zikirullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih-sayang dan prihatinya, tidak terbatas. Merentas sepadan bangsa, negara dan agama.

Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih-sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut nama-Nya, mengingati-Nya dan mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nya. Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah… ingatlah: Cinta itu bukan kata-kata. Love is a verb – cinta itu tindakan. Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta… jika kita sendiri tidak cinta.

Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian… bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?






via: http://genta-rasa.com/2010/01/16/kalau-benar-cintakan-allah/




Thursday 14 May 2015

Traveler with the Qur'an

Assalamualaikum..

Alhamdulillahi rabbil-'alamin was salatu was salamu 'ala ashrafil anbiyai wal-mursalin nabiyina muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in
Amma ba'ad

here we are, baca quran dan makna adalah salah satu ubat hati. Antara surah yang menjadi pilihan untuk kita beramal Al Mulk, Al Kahfi, Ar Rahman, Al Baqarah dan banyak lagi. jom mengembara bersama ! moga terus istiqamah membacanya walau satu helai muka sehari. moga ianya boleh memberi kita syafaat di akhirat kelak insyaAllah. Ameen.































حمود الخضر - كن أنت

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Just be urself, perbaiki diri. Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang sedikit apatah lagi nikmat yang banyak. Tak pe kita tak cantik rupa, as long kita upgrade diri untuk jadi insan yang cantik akhlak dimata Rabbul Jalil. Nah lagu arab ! hee






لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya
untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ
أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku


Conclusion is saya sayang awak. miahahaaa.. nak share sikit bila kita rasa nak buat baik, buat je, x yah peduli kalau ada condem atau comment yang tak memberangsangkan. bila masa bila abad nak capai apa yang kita nak. just proceed jangan toleh belakang dah. kuat semangat, bila kita da ada kekuatan yang dibina dengan rasa cinta kepada yang satu, tak de sapa boleh leraikan, cewahhh.

Allah tu Maha Lembut, Maha Perkasa, semua kejadian dihujung jari Nya. buat je apa apa yang kita nak dengan rasa humble dan make sure itu perkara yang diredhaiNya x kisah la nasihat orang ke, tolong orang ke, pergi majlis ilmu ke, join program2 tarbiah ke,  tapi kalau buat dengan rasa riak, perbaharui niat. riak ni akan hilang dengan sendirinya sebab kita manusia biasa memang tak boleh lari daripada sifat ni. biar je riak tu ada dalam diri. lama2 kurang la dengan Izin Nya pula x de da sifat tu InsyaAllah. tapi jangan buat perkara bodoh da la. manusia ni sebaik2 ciptaan Allah, guna akal bukan nafsu dan perasaan. 


Tuesday 12 May 2015

Ms Yunas: Jom taubat ! itu ubat

Assalamualaikum buddies,

Alhamdulillahi rabbil-'alamin was salatu was salamu 'ala ashrafil anbiyai wal-mursalin nabiyina muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in
Amma ba'ad


Puja dan puji terlalu layak untuk Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat rasul kesayangan ummah Muhammad SAW. Na'am sollu alan nabi jom kita pakat-pakat selawat ke atas nabi, moga nabi kenal kita di padang mahsyar nanti, sudi bagi kita syafaat InsyaAllah. Ameen yarabbal a' lamin. Tak lama lagi kita dah nak masuk bulan ramadhan.

 

Allahumma Ballighna Ramadhan

O Allah! Let Us Reach The Month Of Ramadan.


Bagi yang tidak sempat berdoa sempat-sempatkanlah berdoa untuk kita sampai ke bulan ramadhan. Apa persiapan penting kita sebelum masuk ramadhan? Kita nak tanam banyak-banyak pokok kebaikan tak dapat tidak kena tebas semak samun dosa dalam diri. Ini persiapan taubat persiapan yang sangat penting. Kenapa kita perlu taubat-taubat ni ye? Sebab ye la hari hari kita dok buat dosa. Nabi yang bukan ahli dosa pun setiap hari bertaubat. kita yang bukan maksum ini lagi la perlu bertaubat kepada Allah.


Nabi SAW sebut aku yang paling bertaqwa di kalangan kalian semua, yang paling akrab dengan Allah, namun demikian sesungguhnya aku meminta ampun, istighfar lebih 70 kali sehari semalam kepada Allah. Hadis Riwayat Ibnu Majah. Subhanallah saya menyeru kepada diri dan semua yang membaca sama samalah memperbanyak istighfar. Nabi2 dulu kan semua beristighfar dan ajar umatnya supaya beristighfar kepada Allah SWT.


Contohnya Nabi Adam AS kisah nya mahsyur, moga Allah meredhoinya. Baginda memakan buah terlarang. Baginda sungguh sungguh merayu taubat kepada Allah 


 Al a’raf ayat 23 
Nabi Adam merayu kami zalimi diri kami ya Tuhan kalau engkau tak ampunkan kami tak beri rahmat kepada kami rugi kami nanti ya Tuhan 
Nabi Nuh AS pun merayu rayu taubat kepada Allah SWT

Nuh ayat 28
Ya Tuhanku! ampunilah aku, ibu-bapakku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran. 

will be continued via sebarkan bahagia untuk pencerahan yang life Ustazah Fatimah Syarha. yeah ! moga semua bahagia bila Allah sentiasa di hati.



Monday 11 May 2015

Ms Yunas: Hati & Cinta

Ada dua hal yang tidak boleh kau permainkan:
Hati & Cinta.
Kerana hati bukanlah mainan & cinta bukanlah permainan
Buddies satu ja la, kalau x nak kat orang tu jujur cepat, jangan bagi dia sempat berangan nak hidup ngan kita bla2, jangan bagi dia sikit harapan pun, dan jangan rasa serba salah, sebab bila benda ni terjadi. hm memang payah nak u turn. hati & perasaan ni x kira la lelaki ka perempuan memang susah pulih kalau da cinta sangat. solat taubat, kita cuba jauh benda macam ni. moga Allah redha dengan kehidupan dunia akhirat kita. Ameen Allahumma Ameen.
 
Cintai Allah sungguh-sungguh (QS 3.31)
Maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu
kerana Allah :)




Ms Yunas: Berita Baik Buddies




Mencari Jodoh? 

Assalamualaikum buddies..
Masyallah, Alhamdulillah, semakin ramai insan-insan yang baik ingin menikmati cinta selepas akad, bukan sebelum akad.

Ada yang mempunyai pilihan hati sendiri. Kemudian, mengkhabarkan hasrat hati atau menyunting si dia dengan perantaraan insan-insan yang baik di sekelilingnya. Silakan.
Ada yang lebih hebat, berjumpa terus dengan ibubapa si dia. Silakan.
Anda semua memilih jalan yang terjaga. Tahniah!
Ada kemenangan yang layak dijadikan kenangan indah dalam cinta anda.
Kesucian itu akan mewarnai cinta anda di alam rumah tangga hingga ke syurga, amin. Nikmatilah :)

Persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menjadi 'orang tengah'? Kasihan kepada sesiapa yang belum mempunyai pilihan... Semakin ramai insan yang sanggup menjadi orang tengah yang baik, insyallah semakin popularlah jalan mencari jodoh melalui orang tengah. Mudah-mudahan, insya-Allah, semakin ramailah orang yang akan selamat daripada jalan-jalan syubhah (meragukan).

Anda sudah setiap hari berdoa?
Anda sudah cuba-cuba merisik?
Anda tetap juga belum mempunyai calon?
Allah mengira setiap patah doa yang dipanjatkan. Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami. 
Alhamdulillah, ada satu berita gembira ni. :)

Berita gembira ini istimewa buat mereka yang sudah bersedia mahu berkahwin khususnya muslimah. Muslimah yang masih belajar tu, saya nasihatkan belajar dulu sampai habis bagi meraikan hasrat keluarga...

"Berita apa? Tak sabar dah ni..."

Ada seorang Imam di salah sebuah masjid universiti tempatan memberitahu saya, beliau didatangi oleh ramai pelajar lelaki dari dalam dan luar negara yang minta dicarikan jodoh untuk mereka. Malangnya, beliau tidak begitu mengenali akhawat yang sedang mencari jodoh.

Jadi, jika anda ingin berusaha dengan cara ini pula, maka bolehlah menghubungi saya melalui email:
fs_loveislam@yahoo.com.

Prosesnya mudah.
1. Istikharah dan musyawarah untuk TAARUF.
2. Jika yakin, saya dan suami akan mempertemukan anda atau memberi nombor contact Imam masjid tersebut.
3. Bawa pengiring dan berjumpa dengan imam itu. Bincangkan ciri-ciri pemuda yang anda impikan. Insya-Allah imam itu akan mencadangkan nama seseorang.
4.Perjumpaan seterusnya ialah Majlis Taaruf dengan si dia bertemankan Imam dan pengiring anda.
5. Istikharah dan musyawarah untuk KHITBAH (bertunang). Jika dimantapkan hati rasa ada keserasian, maka teruskan KHITBAH. Jika hati tidak berkenan, maka anda ada hak untuk berkata, "Tidak."
6.7.8... Proses seterusnya anda lebih arif.

Moga makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai impian anda membina MASJID dengan jalan yang terpelihara. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.
Salam sayang.

Ms Yunas: Dedicated to yunas & buddies

Assalamualaikum buddies..

Alhamdulillah,  yeah here we are. hari ni ada meeting alk, what a rushing day.. hm since almost two month ready resign as senior receiving clerk at last aku da stay back kat kampung ni. lonely worker kat sini x dak kawan nak carik pasal, busang giloss.. and the thing make me serabut is ada orang tengah ni describe aku kat mak cik ni. da makcik ni berkenan, x paham aku, jumpa pun belum, kang kecewa baw taw.. mungkin disebabkan aku dok berharap kat orang len. bagus la budak tu aku da kaji sikit. ikut kan nafsu yang berajakan syaitan ni memang nak konfess ar. tapi aku takut salah cara aku tawarkan perasaan tu dan paling aku takut Allah x redha. so kita proceed dengan istikharah.

By the way kita kupas sikit isu jodoh ni via Ustazah Fatimah Syarha, check it out buddies..

Jadi bagaimana seorang muslimah mengenal bakal suami dia. Siapa kata tak couple maka tak kenal. Ustazah Fatimah tak kenal bakal suami dia. Mereka tak couple. Mereka kenal dengan sekeping biodata, dapat kenal tinggal dimana, makanan kegemaran, universiti mana, course apa, visi misi hidup apa. Dalam masa satu minit sahaja Ustazah dapat kenal dia. Walau kita couple selama mana pun, kita tak akan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonan dia. Sebab tu couple buang masa je. Baik kawin terus. 

Setiap yang bertunang ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ni, mereka ini sedang berdusta. Sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar. Jadi buang masa je kita couple dulu sebab nak kenal sebelum nikah. Kita hanya kenal seseorang pacar, bukan seorang suami. Dan kalau kita couple ni, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita nanti. Bila ada kekasih yang lama ni, kita akan curiga dgn suami kita. Kita selalu membandingkan suami kita dengan ex-boyfriend kita. Kekasih kita dulu romantik, caring, tapi suami kita senyap je. Sebenarnya, tak patut kita membandingkan seorang kekasih dengan suami. Kita manusia biasa yang tak akan mampu melupakan. Tapi boleh berusaha untuk melupakan. Alangkah indahnya ada cinta yang terpelihara. Akhirnya, akan dapat setia, kepercayaan... 

Dalam Islam ada konsep merisik, kenal dulu. Merisik ini sama ada mintak wali kita tanya tentang dia. Melalui zaman canggih ini, boleh guna facebook. twitter, boleh tengok cara dia layan orang lain. Kita hanya mampu tengok apa yang luaran, Allah lebih tahu yang dalaman. Yang luaran kita hanya mampu melihat cara dia tawarkan cintanya. Kalau caranya tak meletakkan Allah nombor satu, tak takut kepada Allah. Cinta itu mempersembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Dan cinta boleh lenyap dengan lenyapnya sebab. Kalau dia puji wajah kecantikan kita, jangan terkejut nanti dia jadi suami bermata keranjang. Perempuan pun sama, agungkan wang. Bila berkahwin, jadi pisau cukur, tinggalkan suami apabila jatuh miskin. Tapi apabila cinta teguh berdiri hanya kerana Allah, cinta itu akan utuh dan perkahwinan akan bahagia. Bila sekarang kita tak takut zina, bila kahwin nanti jangan terkejut apabila suami/isteri kita chat dengan suami/isteri orang. Hal ini kerana, sekarang pun kita membuat benda yang sama.. what u give, will goes around to u back, solat taubat buddies, sobess..

Conclusion is, kita berusaha la jadi orang yang mementingkan agama supaya kebaikan tu kembali kepada kita. Kita usaha dan serahkan urusan ni kepada Yang Maha Tahu apa yang baik untuk diri kita serta urusan agama kita hingga kesudahan kehidupan. Moga aku & buddies dapat jodoh yang soleh InsyaAllah.